Arab Saudi catat kes rendah

RIYADH 14 Nov. – Arab Saudi terus merekodkan kes jangkitan harian Covid-19 di bawah 50 kes apabila 30 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan Arab Saudi setakat ini adalah sebanyak 549,222.

Menurut Kementerian Kesihatan, dua lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan 8,813 orang meninggal dunia.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 52 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 538,274 orang pulih daripada pandemik.

Sementara itu, dalam kalangan kes aktif yang direkodkan, sebanyak 73 kes dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment