MANILA 14 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,926 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,816,980 kes.
Daripada jumlah 2.8 juta kes itu, sebanyak 2,743,297 pesakit dilaporkan sembuh atau 97.4 peratus daripada keseluruhan kes.
Sebanyak 3,140 pesakit dilaporkan sembuh hari ini, menunjukkan peningkatan berbanding 1,696 kes semalam.
Dalam tempoh yang sama, sebanyak 309 meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 45,581 orang.
Sebanyak 28,102 kes aktif direkodkan turun sedikit berbanding 29,382 kes yang dilaporkan semalam.
