Thailand catat dua juta kes

BANGKOK 12 Nov. – Thailand menjadi negara keempat di rantau ASEAN yang merekodkan kes keseluruhan Covid-19 lebih 2 juta orang apabila 7,305 lagi kes baharu dilaporkan hari ini yang membawa kepada 2,004,274 kes. Ketika ini Indonesia mendahului dengan merekodkan 4,250,157 kes diikuti Filipina 2,813,115 dan Malaysia 2,535,338 kes manakala Vietnam 1,000,897. Kementerian Kesihatan Awam Thailand melaporkan kes harian turun sebanyak 191 kes berbanding sebelumnya sementara jumlah kematian pula 51 orang, kurang enam berbanding sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 19,934 kematian. Kes harian hari ini meliputi 7,294 kes jangkitan tempatan iaitu 6,651…

Read More

Filipina catat 1,894 kes baharu

MANILA 12 Nov. – Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,894 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,813,115 orang dijangkiti. Dalam tempoh yang sama, jumlah pesakit sembuh dilaporkan meningkat kepada 2,738,975 orang atau 97.4 peratus daripada keseluruhan kes apabila 1,421 lagi pesakit direkodkan sembuh hari ini. Jumlah kematian juga meningkat apabila 170 lagi meninggal dunia akibat pandemik Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 45,035 orang. Daripada jumlah kes yang direkodkan di negara ini hari ini, sebanyak 1.0 peratus atau 29,105 adalah kes aktif.

Read More

Dos penggalak diperluas

PUTRAJAYA 12 Nov. – Pemberian vaksin penggalak Covid-19 diperluaskan kepada individu berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai komorbiditi, ibu mengandung, individu berusia 40 tahun ke atas dan petugas barisan hadapan selain petugas kesihatan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Panel Pakar Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) sudah meneliti keberkesanan serta keselamatan dos penggalak daripada pelbagai sumber. Hasilnya mendapati satu dos penggalak mampu meningkatkan tahap imuniti terhadap Covid-19. KKM akan terus memantau perkembangan Covid-19 dari semasa ke semasa dan pada masa sama akan meneruskan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)…

Read More

Jangkitan harian terus meningkat

PUTRAJAYA 12 Nov. – Penularan kes Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan dan kekal melepasi 6,000 kes apabila sejumlah 6,517 kes dilaporkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 2,535,338 individu disahkan dijangkiti Covid-19 di negara ini. Malaysia mencatatkan kes harian melebihi 6,000 kes tiga hari berturut-turut iaitu 6,323 kes dilaporkan semalam dan 6,243 kes kelmarin

Read More

Penggunaan katil ICU Terengganu 84 %

KUALA TERENGGANU 12 Nov. – Kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 di Terengganu setakat ini mencapai 84 peratus berikutan peningkatan jumlah pesakit Covid-19 kategori lima sejak dua minggu lalu. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Kasemani Embong berkata sehingga kini, 28 katil atau 84 peratus daripada 33 katil ICU yang ada sudah digunakan bagi merawat pesakit. Beliau berkata, pihaknya sudah menjangkakan berlaku peningkatan kes susulan kebenaran rentas negeri dan peralihan Terengganu daripada Fasa Tiga ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN). “Di Terengganu, kita ada sebanyak…

Read More

KKM pantau R-Naught meningkat

PUTRAJAYA 12 Nov. – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau hospital di seluruh negara susulan indikator kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-Naught) Malaysia meningkat kepada angka 1.0, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Dalam ciapan menerusi akaun Twitter rasminya, Khairy turut menggesa individu yang diberi temu janji dos penggalak Covid-19, supaya mengambil dos berkenaan. “Warga emas, jika boleh, perlu mengelakkan tempat yang sesak. Amalkan #TRIIS (lakukan uji, lapor, asingkan, maklumkan, dapatkan rawatan segera),” ciap beliau. Nilai R-Naught merujuk kepada tahap keberjangkitan kes Covid-19, iaitu berapa banyak kes yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.…

Read More

Singapura catat 2,396 kes baharu

SINGAPURA 12 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,396 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari Khamis semalam dengan jumlah kematian pula lapan orang. Jumlah kes itu menunjukkan penurunan berbanding 3,481 pada Rabu dan 3,397 kes pada Selasa manakala jumlah keseluruhan pula Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 2,243 adalah kes dalam masyarakat:, 17 kes import, dan 136 kes baharu di asrama pekerja asing. Kes kematian pula melibatkan individu berusia 74 hingga 100 tahun dan kesemua yang meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan Covid-19. Mereka juga  mengalami…

Read More

Hanya Pfizer-BioNTech penggalak

KUCHING 12 Nov. – Setakat ini hanya vaksin jenis Pfizer-BioNTech (Comirnaty) sahaja yang akan digunakan sebagai vaksin dos penggalak untuk program imunisasi di Sarawak. Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Dr Rosemawati Ariffin berkata, vaksin jenis Sinovac (CoronaVac) hanya digunakan sebagai dos penggalak di dalam keadaan tertentu. “Pemberian dos penggalak juga diberi dengan mengambil kira kategori keutamaan golongan berisiko dan jarak masa yang telah ditentukan mengikut jenis vaksin dos primer diterima sebelum ini,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini. Tegas Dr Rosemawati, setakat ini pemberian dos penggalak di seluruh…

Read More

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 naik 1.0

PUTRAJAYA 12 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia terus menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 1.0 semalam berbanding 0.99 pada hari sebelumnya. Enam negeri mencatatkan kadar melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.16, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.04, Selangor 1.03, Kelantan 1.02, Negeri Sembilan 1.01 dan Pahang 1.01. Sembilan negeri lain yang mencatatkan bacaan Rt terendah ialah Sabah 0.98, Kedah 0.98, Perlis 0.94, Melaka 0.94, Johor 0.93, Pulau Pinang 0.91, Terengganu 0.90, Perak 0.88, dan Sarawak 0.87. Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 25 kes. Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah…

Read More