Kadar kebolehjangkitan Covid-19 naik 1.0

PUTRAJAYA 12 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia terus menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 1.0 semalam berbanding 0.99 pada hari sebelumnya.

Enam negeri mencatatkan kadar melebihi purata kebangsaan didahului

Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.16, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.04, Selangor 1.03, Kelantan 1.02, Negeri Sembilan 1.01 dan Pahang 1.01.

Sembilan negeri lain yang mencatatkan bacaan Rt terendah ialah Sabah 0.98, Kedah 0.98, Perlis 0.94, Melaka 0.94, Johor 0.93, Pulau Pinang 0.91, Terengganu 0.90, Perak 0.88, dan Sarawak 0.87.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 25 kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment