Jangkitan harian terus meningkat

PUTRAJAYA 12 Nov. – Penularan kes Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan dan kekal melepasi 6,000 kes apabila sejumlah 6,517 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 2,535,338 individu disahkan dijangkiti Covid-19 di negara ini.

Malaysia mencatatkan kes harian melebihi 6,000 kes tiga hari berturut-turut iaitu 6,323 kes dilaporkan semalam dan 6,243 kes kelmarin

Related posts

Leave a Comment