Filipina catat 1,894 kes baharu

MANILA 12 Nov. – Setakat pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,894 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,813,115 orang dijangkiti.

Dalam tempoh yang sama, jumlah pesakit sembuh dilaporkan meningkat kepada 2,738,975 orang atau 97.4 peratus daripada keseluruhan kes apabila 1,421 lagi pesakit direkodkan sembuh hari ini.

Jumlah kematian juga meningkat apabila 170 lagi meninggal dunia akibat pandemik Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 45,035 orang.

Daripada jumlah kes yang direkodkan di negara ini hari ini, sebanyak 1.0 peratus atau 29,105 adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment