Singapura catat 2,396 kes baharu

SINGAPURA 12 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 2,396 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat 12 tengah hari Khamis semalam dengan jumlah kematian pula lapan orang.

Jumlah kes itu menunjukkan penurunan berbanding 3,481 pada Rabu dan 3,397 kes pada Selasa manakala jumlah keseluruhan pula

Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 2,243 adalah kes dalam masyarakat:, 17 kes import, dan 136 kes baharu di asrama pekerja asing.

Kes kematian pula melibatkan individu berusia 74 hingga 100 tahun dan kesemua

yang meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan Covid-19. Mereka juga  mengalami pelbagai penyakit sedia ada.

Sementara itu, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.87, susut berbanding 0.88 pada Rabu. Ia merupakan hari kesembilan berturut-turut kadar itu berada di bawah 1, menunjukkan jumlah kes baharu sudah merosot.

Pada masa yang sama, seramai 1,610 pesakit dimasukkan ke hospital di mana

270 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 59 tidak stabil dan dipantau rapi di ICU, 70 sakit tenat dan perlu intubasi di ICU.

Sebanyak 4,410 kes dibenarkan pulang dengan 609 adalah warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas.

Related posts

Leave a Comment