48 lagi kes dijangkiti VOC Delta

PUTRAJAYA 11 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesan 48 lagi kes baharu yang dijangkiti varian membimbangkan (VOC) Delta (B.1.617.2). Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata varian itu berjaya dikesan hasil kajian berterusan yang dijalankan oleh Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Teknologi Mara (UiTM). Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) sebanyak 3,830 kes. Daripada jumlah yang dikesan itu, 3,810 kes membabitkan VOC dengan 20 kes ialah VOI. Sehingga kini sebanyak 3,570 kes varian Delta,…

Read More

40 % tidak hadir janji temu dos 3

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Sebanyak 40 peratus golongan sasaran yang diberikan janji temu untuk mendapatkan suntikan ketiga dos penggalak vaksin Covid-19 tidak hadir untuk menerima suntikan masing-masing. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata, situasi berkenaan menimbulkan kerisauan kerana jumlah kehadiran penerima untuk dos pertama dan kedua vaksin adalah tinggi iaitu lebih 95 peratus. “Pada masa itu, semua takut mengenai Covid-19, tetapi sekarang apabila kadar jangkitan dan kematian sudah menurun, kita lihat sudah mula ada norma baharu untuk mereka hidup dengan virus ini. “Mereka rasa leka dan apabila dijemput untuk mendapatkan…

Read More

Kes jangkitan harian meningkat

PUTRAJAYA 11 Nov. – Angka kes harian Covid-19 di negara ini kekal melebihi 6,000 dua hari berturut-turut apabila sejumlah 6,323 kes dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini, berbanding 6,243 semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah individu yang sudah dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 2,528,821 kes. Jangkitan baharu hari ini adalah yang tertinggi dalam 14 hari, sejak 28 Oktober lalu. Pada Ahad, 7 November lalu kes baharu yang dicatatkan adalah 4,343, terendah dalam 175 hari sejak 16 Mei. Namun, jumlah…

Read More

Vaksinasi 5.9 juta kanak-kanak 2022

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Seramai 5.9 juta kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun akan divaksinasi bermula pada tahun 2022 yang akan melibatkan kira-kira 11.8 juta dos. Kementerian Kesihatan memaklumkan pemberian vaksin keluaran Pfizer BioNTech itu sedang menunggu kelulusan regulatori daripada Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. “Pihak Pfizer juga dijangka mengemukakan data berkaitan pendaftaran penggunaan vaksin untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun pada penghujung tahun ini kepada NPRA (Agensi Regulatori Farmasi Negara) untuk penilaian dan kelulusan pendaftaran,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari…

Read More

Singapura lapor 3,481 kes baharu

SINGAPURA 11 Nov. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,481 kes baharu Covid-19 di Singapura dengan jumlah kematian 17 orang setakat 12 tengah hari semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 227,681 orang dan 540 orang meninggal dunia. Kes baharu meningkat daripada 3,397 pada Selasa dengan kes baharu dalam masyarakat 3,244, lapan kes import dan 229 kes asrama pekerja asing. Bagi kes kematian pula, individu terlibat adalah mereka yang berumur antara 65 dan 101 tahun di mana kesemuanya juga mempunyai pelbagai penyakit sedia ada. Sementara itu, menurut…

Read More

Singa kelima positif Covid-19

SINGAPURA 11 Nov. – Seekor lagi singa Afrika di Taman Haiwan Singapura diuji positif Covid-19 setelah menunjukkan simptom dijangkiti koronavirus, demikian menurut Lembaga Taman Negara (NParks) dan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS). Sampel najis yang diambil dari singa Afrika di Taman Haiwan Singapura menunjukkan tanda-tanda jangkitan pada 8 November dan diuji positif virus SARS-CoV-2 melalui ujian PCR, Sebelum ini, pada 9 November, empat ekor singa Asia di Night Safari itu dijangkiti koronavirus. Sembilan singa Asia di Night Safari dan lima singa Afrika di Taman Haiwan Singapura sudah diasingkan dalam kandang…

Read More

Pekerja sektor kesihatan wajib vaksinasi

UNITED Kingdom (UK) mewajibkan semua kakitangan di bawah Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) dan sektor kesihatan negara itu untuk mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19. Walaupun berdepan kebimbangan langkah itu akan menyebabkan ramai yang berhenti kerja, Setiausaha Kesihatan UK, Sajid Javid menegaskan ia perlu dilaksanakan bagi menjamin keselamatan masyarakat umum ketika pandemik ini. “Kita tahu vaksin ini berfungsi (dalam melawan Covid-19), kita juga tahu pesakit di hospital dan beberapa mereka di luar sana adalah antara orang paling terdedah dalam masyarakat kita dan sekiranya mereka terdedah ia boleh membawa maut. Ia sudah menjadi tugas…

Read More

59 kematian akibat Covid-19

PUTRAJAYA 11 Nov. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 59 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 29,486 orang. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 10 daripada 59 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 62,890 kes aktif Covid-19 di seluruh…

Read More

22,248,737 dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 11 Nov. – Sebanyak 75.6 peratus atau 24,691,110 individu daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam, Rabu. Menurut data portal COVIDNOW, sebanyak 78.3 peratus atau 25,564,214 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Manakala seramai 22,248,737 individu atau 95 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 dan 97.5 peratus atau 22,838,338 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2,442,373 individu atau 77.6 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,725,876 individu atau 86.6 peratus mendapat satu dos. Sementara itu,  Kedah,…

Read More