Singa kelima positif Covid-19

SINGAPURA 11 Nov. – Seekor lagi singa Afrika di Taman Haiwan Singapura diuji positif Covid-19 setelah menunjukkan simptom dijangkiti koronavirus, demikian menurut Lembaga Taman Negara (NParks) dan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS).

Sampel najis yang diambil dari singa Afrika di Taman Haiwan Singapura menunjukkan tanda-tanda jangkitan pada 8 November dan diuji positif virus SARS-CoV-2 melalui ujian PCR,

Sebelum ini, pada 9 November, empat ekor singa Asia di Night Safari itu dijangkiti koronavirus.

Sembilan singa Asia di Night Safari dan lima singa Afrika di Taman Haiwan Singapura sudah diasingkan dalam kandang masing-masing termasuk lima ekor yang sudah terjangkit Covid-19.

Menurut Pertubuhan Sedunia bagi Kesihatan Haiwan (OIE), tiada bukti yang menunjukkan ketika ini bahawa haiwan memainkan peranan merebakkan penularan Covid-19 kepada manusia, menurut pihak berkuasa.

Bagaimanapun , OIE menarik perhatian bahawa “sekali-sekala” terdapat laporan di mana haiwan-haiwan diuji positif jangkitan virus itu di negara-negara lain kerana berada dekat dengan individu yang dijangkiti Covid-19.

Empat ekor singa Asia di Night Safari diuji positif setelah terdedah kepada kakitangan Mandai Wildlife Group yang terjangkit.

Haiwan-haiwan itu mula mengalami simptom ringan seperti batuk, bersin dan kelesuan pada Sabtu, yang mendorong pihak berkuasa untuk menjalankan ujian Covid-19.

Related posts

Leave a Comment