48 lagi kes dijangkiti VOC Delta

PUTRAJAYA 11 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesan 48 lagi kes baharu yang dijangkiti varian membimbangkan (VOC) Delta (B.1.617.2).

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata varian itu berjaya dikesan hasil kajian berterusan yang dijalankan oleh Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) sebanyak 3,830 kes.

Daripada jumlah yang dikesan itu, 3,810 kes membabitkan VOC dengan 20 kes ialah VOI. Sehingga kini sebanyak 3,570 kes varian Delta, Beta (226) dan Alpha (14).

Sementara itu bagi kes VOI, sejumlah 13 kes Theta, Kappa (empat kes) dan Eta (tiga kes)

Dr Noor Hisham berkata, kes berkenaan membabitkan tiga negeri iaitu 34 kes dikesan di Pulau Pinang, Pahang (12) dan Perlis (dua).

Related posts

Leave a Comment