Pekerja sektor kesihatan wajib vaksinasi

UNITED Kingdom (UK) mewajibkan semua kakitangan di bawah Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) dan sektor kesihatan negara itu untuk mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19.

Walaupun berdepan kebimbangan langkah itu akan menyebabkan ramai yang berhenti kerja, Setiausaha Kesihatan UK, Sajid Javid menegaskan ia perlu dilaksanakan bagi menjamin keselamatan masyarakat umum ketika pandemik ini.

“Kita tahu vaksin ini berfungsi (dalam melawan Covid-19), kita juga tahu pesakit di hospital dan beberapa mereka di luar sana adalah antara orang paling terdedah dalam masyarakat kita dan sekiranya mereka terdedah ia boleh membawa maut. Ia sudah menjadi tugas kita untuk memastikan mereka selamat,” katanya,

Justeru, beliau berkata mulai April tahun hadapan, sesiapa yang bekerja dalam NHS atau sektor kesihata perlu mendapatkan suntikan vaksinasi.

“Saya mahukan keputusan ini diterima positif oleh semua orang agar yang lain dapat bekerja dengan mereka,” katanya.

Sehingga kini, seramai 90 peratus kakitangan NHS sudah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 manakala 10,000 lagi pekerja  belum divaksinasi.

Related posts

Leave a Comment