59 kematian akibat Covid-19

PUTRAJAYA 11 Nov. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 59 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 29,486 orang.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 10 daripada 59 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 62,890 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 48,730 individu atau 77.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 7,999 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,617 kes dirawat di hospital dan 544 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 264 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 280 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment