Kes jangkitan harian meningkat

PUTRAJAYA 11 Nov. – Angka kes harian Covid-19 di negara ini kekal melebihi 6,000 dua hari berturut-turut apabila sejumlah 6,323 kes dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini, berbanding 6,243 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah individu yang sudah dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 2,528,821 kes.

Jangkitan baharu hari ini adalah yang tertinggi dalam 14 hari, sejak 28 Oktober lalu.

Pada Ahad, 7 November lalu kes baharu yang dicatatkan adalah 4,343, terendah dalam 175 hari sejak 16 Mei.

Namun, jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi seminggu lalu menurun sebanyak 3.3 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.

Bagaimanapun beberapa negeri mengalami peningkatan kemasukan hospital terutama Melaka (+30.0 peratus) dan Negeri Sembilan (+10.9 peratus).

Related posts

Leave a Comment