22,248,737 dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 11 Nov. – Sebanyak 75.6 peratus atau 24,691,110 individu daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam, Rabu.

Menurut data portal COVIDNOW, sebanyak 78.3 peratus atau 25,564,214 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Manakala seramai 22,248,737 individu atau 95 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 dan 97.5 peratus atau 22,838,338 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,442,373 individu atau 77.6 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,725,876 individu atau 86.6 peratus mendapat satu dos.

Sementara itu,  Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 131,240 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 50,804,374 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat malaysia untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment