Kadar kematian rendah di Singapura

SINGAPURA 1 Nov. – Kadar kematian akibat Covid-19 di Singapura adalah 0.2 peratus, lebih rendah berbanding kadar kematian 3 peratus di negara-negara lain, menjadikannya salah satu negara dengan kadar kematian terendah di dunia. Walaupun ini bermakna kadar kematian Covid-19 di Singapura adalah serupa dengan jangkitan radang paru-paru, negara ini mungkin mencatat 2,000 kematian setiap tahun “meskipun dengan adanya jagaan perubatan yang terbaik”. Sebelum pandemik, kira-kira 4,000 pesakit – sebahagian besar golongan warga emas dan individu kurang sihat – meninggal dunia disebabkan demam selesema, radang paru-paru berjangkit dan penyakit pernafasan yang…

Read More

Kadar kematian meningkat

PUTRAJAYA 1 Nov. – Kebanyakan indikator utama dalam penularan Covid-19 di negara ini menunjukkan trend penurunan, namun kadar kematian menunjukkan peningkatan 5.2 peratus berbanding minggu epidemiologi ke-42 (ME-42). Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pada ME ke-42, sejumlah 496 kes kematian dilaporkan tetapi meningkat kepada 522 kes. “Kadar kematian semasa adalah sebanyak 1.1 peratus dan kadar kematian keseluruhan adalah 1.2 peratus. Sarawak, Perlis dan Pulau Pinang mencatatkan insiden kes kematian tertinggi bagi setiap satu juta populasi,” katanya. Dr Noor Hisham dalam kenyataannya berkata, peningkatan turut dilihat pada nilai…

Read More

Pengimarahan masjid di Selangor

SHAH ALAM 1 Nov. – Mulai Jumaat ini, Selangor meningkatkan had kehadiran jemaah mengikut kategori masjid dan surau manakala jemaah untuk solat fardhu lima waktu juga dinaikkan mulai hari ini. Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) had dinaikkan kepada 3,500 jemaah manakala solat fardhu lima waktu 500 orang. Bagi Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pula, solat Jumaat dibenarkan 1,500 orang dan solat fardhu lima waktu 400; Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya 2,000 (400); Masjid Diraja Sultan Suleiman Klang 700…

Read More

Malaysia catat 4,626 kes harian

PUTRAJAYA 1 Nov. – Kes harian Covid-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan dan kekal bawah 5,000 kes, dengan 4,626 kes hari ini. Ini kali kedua berturut-turut negara mencatatkan kes Covid-19 di bawah 5,000 kes selepas merekodkan 4,979 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan seramai 2,476,268 individu dijangkiti virus berkenaan sehingga kini.

Read More

Filipina catat 3,117 kes baharu

MANILA 1 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,117 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 2,790,375. Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 43,276 orang apabila 104 lagi individu meninggal dunia. Bagi tempoh 24 jam juga, kes sembuh yang direkodkan adalah 5,124 dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 2,703,914 orang pulih  atau 96.9 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula berkurangan iaitu 43,185 berbanding 45,233 yang direkodkan semalam.

Read More

8,165 kes baharu di Thailand

BANGKOK 1 Nov. – Angka jangkitan Covid-19 hari ini merekodkan 8,165 kes, menunjukkan sedikit penurunan berbanding 8,859 yang direkodkan semalam dengan jumlah kematian meningkat kepada 55 berbanding 47 kes semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat hari ini 1,920,189 dan 19,260 orang meninggal dunia. Sejak gelombang ketiga Covid-19 pada 1 April lalu, Thailand merekodkan 1,891,326 kes di mana 1,774,276 dilaporkan sembuh dengan jumlah kematian 19,166 orang. Manakala sejak pandemik bermula awal tahun lalu,  sebanyak 1,920,189 kes direkodkan dengan 1,801,702 kes sembuh dan 19,260 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 7,640 kes…

Read More

Masjid, surau boleh adakan mesyuarat

SHAH ALAM 1 Nov. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan penambahan kehadiran bagi majlis akad nikah di semua masjid dan surau di negeri ini, kata Pengarahbya, Mohd Shahzihan Ahmad . Katanya, pelaksanaan itu perlu mematuhi beberapa syarat antaranya upacara majlis akad nikah hanya dibenarkan pada bilangan enam slot sehari dengan tiga slot untuk sesi pagi dan tiga slot untuk sesi petang. Menurutnya, bilangan pihak dalam majlis akad nikah ditetapkan seramai 20 orang terdiri daripada masing-masing 10 orang daripada pihak pengantin lelaki dan perempuan. “Semua yang hadir pada majlis akad…

Read More

Lebih 1.3 juta kembali ke sekolah

MELAKA 1 Nov. – Lebih 1.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang beralih ke Fasa Empat, Pelan Pemulihan Negara (PPN) memulakan sesi persekolahan, hari ini. Menteri Kanan Pendidikan,  Dr Radzi Jidin, berkata ia merangkumi 694,531 murid sekolah rendah membabitkan Tahap Satu (Tahun Satu, Dua dan Tiga) dan 652,148 pelajar Tingkatan Tiga dan Tingkatan Empat. “Kemasukan yang berperingkat ini membolehkan kita mengawal dan memantau keadaan di sekolah bagi memastikan operasi sekolah berjalan lancar dan teratur,” katanya selepas menghadiri sesi libat urus…

Read More

Ayat 9 surah al-Hasy-r

Hasil karya Haji Anuar Khan dari Masjid Bandar Seri Putra “Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya,” (Al-Hasy-r 59:9)

Read More

SUA White House positif Covid-19

WASHINGTON: Setiausaha Akhbar White House Jen Psaki mengesahkan pada Ahad bahawa beliau positif Covid-19. Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan diuji negatif selama empat hari sebelum disahkan positif. Katanya, beliau ini bukan kontak rapat dengan presiden atau pegawai kanan kakitangan Rumah Putih sejak Rabu. “Saya kali terakhir bertemu presiden pada Selasa dan mematuhi jarak fizikal serta memakai pelitup muka,” kata Psaki. Psaki sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 dan hanya mengalami gejala ringan. Beliau akan kembali bertugas selepas menjalani kuarantin 10 hari dan jika keputusan saringan negatif. Berikutan itu, beliau tidak turut serta…

Read More