Filipina catat 3,117 kes baharu

MANILA 1 Nov. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,117 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 2,790,375.

Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 43,276 orang apabila 104 lagi individu meninggal dunia.

Bagi tempoh 24 jam juga, kes sembuh yang direkodkan adalah 5,124 dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 2,703,914 orang pulih  atau 96.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula berkurangan iaitu 43,185 berbanding 45,233 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment