SUA White House positif Covid-19

WASHINGTON: Setiausaha Akhbar White House Jen Psaki mengesahkan pada Ahad bahawa beliau positif Covid-19.

Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan diuji negatif selama empat hari sebelum disahkan positif.

Katanya, beliau ini bukan kontak rapat dengan presiden atau pegawai kanan kakitangan Rumah Putih sejak Rabu.

“Saya kali terakhir bertemu presiden pada Selasa dan mematuhi jarak fizikal serta memakai pelitup muka,” kata Psaki.

Psaki sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 dan hanya mengalami gejala ringan.

Beliau akan kembali bertugas selepas menjalani kuarantin 10 hari dan jika keputusan saringan negatif.

Berikutan itu, beliau tidak turut serta mengiringi Presiden Joe Biden yang akan mengadakan lawatan ke Eropah.

Beliau adalah antara pegawai pentadbiran tertinggi Amerika Syarikat yang dijangkiti penyakit itu, selepas Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Alejandro Mayorkas .

Related posts

Leave a Comment