Masjid, surau boleh adakan mesyuarat

SHAH ALAM 1 Nov. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan penambahan kehadiran bagi majlis akad nikah di semua masjid dan surau di negeri ini, kata Pengarahbya, Mohd Shahzihan Ahmad .

Katanya, pelaksanaan itu perlu mematuhi beberapa syarat antaranya upacara majlis akad nikah hanya dibenarkan pada bilangan enam slot sehari dengan tiga slot untuk sesi pagi dan tiga slot untuk sesi petang.

Menurutnya, bilangan pihak dalam majlis akad nikah ditetapkan seramai 20 orang terdiri daripada masing-masing 10 orang daripada pihak pengantin lelaki dan perempuan.

“Semua yang hadir pada majlis akad nikah perlu lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19,” katanya dalam kenyataan media.

Mohd Shahzihan berkata, pengurusan dan pelaksanaan solat jenazah bukan Covid-19 dalam kalangan ahli kariah adalah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid dan surau.

Bagaimanapun katanya, jumlah kehadiran ahli waris, kaum kerabat terdekat dan ahli kariah pada bilangan tidak melebihi 100 orang tidak termasuk pegawai atau jawatankuasa masjid atau surau.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan mesyuarat berkaitan pengurusan masjid dan surau perlu diurus menepati kehendak enakmen atau peraturan.

Katanya, mesyuarat jawatankuasa kariah masjid, mesyuarat jawatankuasa surau, mesyuarat agung tahunan masjid dan Mesyuarat Agung Tahunan Surau adalah dibenarkan untuk dilaksanakan.

Katanya, bagi jamuan selepas program pengimarahan penyediaan jamuan secara hidang untuk meraikan penceramah atau pengkuliah adalah dibenarkan.

Jamuan untuk jemaah yang lain boleh disediakan dalam bentuk bungkusan (pack-food) untuk dibawa pulang oleh jemaah.

Related posts

Leave a Comment