Muzakarah bincang SOP solat, aktiviti

  PUTRAJAYA 17 Okt. – Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada Rabu ini akan membincangkan isu prosedur operasi standard (SOP) mengenai aktiviti masjid dan surau, termasuk cadangan merapatkan susunan saf ketika solat berjemaah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata beliau telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengatur muzakarah itu bagi mendengar taklimat penilaian risiko semasa Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Katanya, ia susulan pengumuman Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung peralihan fasa dan kelonggaran SOP Pelan…

Read More

Kes harian Saudi bawah 50

RIYADH 17 Okt. – Hari keempat, Arab Saudi merekodkan kes harian Covid-19 di bawah paras 50 apabila catatan hari ini menunjukkan jumlah kes harian adalah 41 berbanding semalam 45, sebelumnya 48 (15 Okt.) dan 46 (14 Okt.). Menurut Kementerian Kesihatan, tiga lagi kematian dilaporkan berbanding dua kes semalam dan tiga kematian sebelumnya. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Arab Saudi setakat ini adalah 547,931 kes dengan jumlah kematian pula 8,763. Kementerian juga memaklumkan sebanyak 47 orang pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 536,947 orang, Menurut Kementerian,…

Read More

Pembukaan semula cetus kebimbangan

BANGKOK 17 Okt. – Kebanyakan rakyat Thailand risau dengan pembukaan semula sempadan negara itu kerana ancaman Covid-19. Tinjauan dalam kalangan penduduk mendapati, kebanyakan mereka bimbang kemasukan pelancong akan mendorong peningkatan semula kes jangkitan. Kebimbangan itu timbul selepas kadar vaksinasi penduduk tempatan masih rendah Tinjauan itu dilakukan Universiti Suan Dusit Rajabhat, membabitkan 1,392 responden yang ditanya mengenai pandangan mereka terhadap rancangan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha membuka semula negara kepada pelancong asing yang lengkap divaksinasi mulai 1 November. Kebanyakan responden iaitu 59.86 peratus, menolak perancangan itu sementara 60.1 peratus berkata ini bukan…

Read More

Brunei catat kes harian tertinggi

BERAKAS 17 Okt. – Brunei Darussalam hari ini mencatatkan rekod kes harian tertinggi apabila menambah 504 kes baharu dengan enam lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 10,860 dan 49 kematian. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, lima kematian melibatkan tiga lelaki (berusia 49, 63 dan 61) serta dua wanita (58 dan 73) manakala seorang wanita berusia 62 mengalami masalah kesihatan yang lain. Katanya, terdapat 208 kes tambahan baharu bagi 30 kluster aktif yang sebelum ini menjadi kontak rapat beberapa kes positif. Beliau juga memaklumkan empat kluster baharu…

Read More

Kes di Indonesia turun kepada 747

JAKARTA 17 Okt. – Selepas merekodkan lebih 900 kes harian selama dua hari berturut-turut, jumlah kes jangkitan positif Covid-19 turun kepada 747 kes berbanding 915 pada 15 Oktober dan 997 pada 16 Oktober. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan sebanyak 4,234,758 dan 1,086 kes sembuh yang membawa kepada 4,073,418 pesakit pulih. Sementara itu kes kematian pula bertambah 19 lagi yang menjadikan jumlah kumulatif 142,952 orang manakala kes aktif pula berkurang sebanyak 358 kes dengan jumlahnya turun kepada 18,388 kes . Bagi kes positif, lima wilayah dengan angka tertinggi adalah…

Read More

Kes harian di Thailand 10,863

BANGKOK 17 Okt. – Thailand merekodkan 10,863 kes baharu Covid-19 dan 68 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,783,701 kes dan 18,273 kematian. Sebanyak 10,799 kes dalam kalangan penduduk awam termasuk tujuh kes import dan 64 kes melibatkan banduan. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 12 kematian direkodkan di Bangkok sementara selebihnya di 29 wilayah lain. Semalam sebanyak 10,383 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,657,638 orang pulih. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,065 diikuti wilayah Selatan –…

Read More

Harga lantai ibadah umrah RM6,000

PUTRAJAYA 17 Okt. – Harga lantai ibadah umrah sebanyak RM6,900 bagi tempoh 12 hari dan 10 malam yang ditetapkan baru-baru ini adalah hasil perbincangan dengan persatuan khidmat pelancongan dan umrah. Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kadar baharu itu selepas mengambil kira perkembangan semasa terutama peningkatan kos berikutan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di pihak Arab Saudi dan Malaysia. Antara faktor yang mempengaruhi peningkatan kos adalah bilangan kapasiti di dalam bilik penginapan di Arab Saudi, kapasiti pengangkutan yang membenarkan 50 peratus dari kapasiti sebenar, pengurusan mutawif dan ujian calitan…

Read More

Filipina catat 6,913 kes baharu

MANILA 17 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 6,913 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,720,368. Sehingga pukul 4 petang ini, 10,237 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 2,598,052 orang pulih atau 95.5 peratus daripada keseluruhan kes. Menurut DoH, bagi tempoh yang sama, 95 orang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 40,675 kematian. Kes aktif pula sebanyak 81,641, menunjukkan penurunan berbanding 85,048 kes yang direkodkan semalam.

Read More

6,145 kes baharu Malaysia

PUTRAJAYA 17 Okt. – Sebanyak 6,145 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini, turun sedikit berbanding 7,509 kes yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 2,390,687 kes. Kes baharu Covid-19 yang dicatatkan hari ini juga merupakan jangkitan harian terendah dalam tempoh lebih tiga bulan lalu. Pada 4 Julai lalu, sebanyak 6,045 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan.

Read More

3,348 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 17 Okt. – Singapura melaporkan 3,348 kes baharu Covid-19 termasuk empat kes import setakat 12 tengah hari semalam, Sabtu (16 Oktober) dengan sembilan lagi kematian akibat komplikasi daripada jangkitan koronavirus itu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 151,120 dan 224 orang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan, kematian itu melibatkan empat lelaki dan lima wanita, berusia antara 60 hingga 89 tahun. Lima daripada mereka belum divaksin sama sekali manakala dua sudah menerima satu dos dan lagi dua sudah divaksin sepenuhnya. Lapan daripada pesakit yang meninggal dunia itu mempunyai masalah…

Read More