Kes di Indonesia turun kepada 747

JAKARTA 17 Okt. – Selepas merekodkan lebih 900 kes harian selama dua hari berturut-turut, jumlah kes jangkitan positif Covid-19 turun kepada 747 kes berbanding 915 pada 15 Oktober dan 997 pada 16 Oktober.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan sebanyak 4,234,758 dan 1,086 kes sembuh yang membawa kepada 4,073,418 pesakit pulih.

Sementara itu kes kematian pula bertambah 19 lagi yang menjadikan jumlah kumulatif 142,952 orang manakala kes aktif pula berkurang sebanyak 358 kes dengan jumlahnya turun kepada 18,388 kes .

Bagi kes positif, lima wilayah dengan angka tertinggi adalah Jakarta menambah 131 kes dan kumulatifnya 860,145, diikuti Jawa Tengah 87 (483,948), Jawa Barat 70  (704.470), Jawa Timur 60 (397,343) serta Sulawesi Selatan 37 (109,322).

Lima wilayah yang merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jakarta 130 orang dan kumulatifnya 845,217, diikuti Jawa Tengah 110 (kumulatif 451,598), Kalimantan Utara 99 (33.673), Jawa Timur 88 (367,074) dan Jawa Barat 82 (688.081).

Bagi kes positif, lima wilayah dengan angka tertinggi adalah Jakarta menambah 131 kes dan kumulatifnya 860,145, diikuti Jawa Tengah 87 (483,948), Jawa Barat 70  (704.470), Jawa Timur 60 (397,343) serta Sulawesi Selatan 37 (109,322).

Lima provinsi dengan angka kematian harian tertinggi pula adalah di Jawa Timur dengan empat kematian menjadikan kumulatifnya 29,546, diikuti Kalimantan Timur juga empat kes (5.428), Jawa Tengah dua (30.032), Sumatera Utara dua kes (2.871) dan Banten satu kes dan kumulatifnya 2.680 kes.

Sementara itu bagi program vaksinasi, penerima vaksin dos pertama bertambah sebanyak 833,258 orang dengan kumulatifnya melebihi angka 107 juta orang atau 107.503.228 orang.

Penerima dos kedua pula bertambah 565.652 orang dan jumlah meningkat melebihi 62 juta orang atau angka tepatnya 62.732.568 orang manakala penerima vaksin ke-3 bertambah 4.645 orang dan kumulatifnya melebihi 1 juta  atau 1.070.061 orang. Sasaran vaksinasi pula adalah 208.265.720 orang.

Related posts

Leave a Comment