Pembukaan semula cetus kebimbangan

BANGKOK 17 Okt. – Kebanyakan rakyat Thailand risau dengan pembukaan semula sempadan negara itu kerana ancaman Covid-19.

Tinjauan dalam kalangan penduduk mendapati, kebanyakan mereka bimbang kemasukan pelancong akan mendorong peningkatan semula kes jangkitan.

Kebimbangan itu timbul selepas kadar vaksinasi penduduk tempatan masih rendah

Tinjauan itu dilakukan Universiti Suan Dusit Rajabhat, membabitkan 1,392 responden yang ditanya mengenai pandangan mereka terhadap rancangan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha membuka semula negara kepada pelancong asing yang lengkap divaksinasi mulai 1 November.

Kebanyakan responden iaitu 59.86 peratus, menolak perancangan itu sementara 60.1 peratus berkata ini bukan masa yang tepat untuk pembukaan semula Thailand.

Thailand sepatutnya membuka pintu kepada pelancong asing jika lebih 70 peratus penduduk sudah divaksinasi, wabak dapat dikawal dengan baik dan fasiliti kesihatan awam bersedia berdepan pelbagai varian baharu virus.

Sebanyak 65 peratus penduduk penduduk di bandar raya Bangkok sudah lengkap disuntik vaksin sementara jumlah penduduk yang menerima dua dos vaksin di seluruh negara baru mencapai 35 peratus.

Tinjauan sama turut menunjukkan kebanyakan pemilik perniagaan dan pekerja mahu negara itu dibuka semula, namun turut bimbang mengenai kemungkinan penularan jangkitan baharu.

Related posts

Leave a Comment