Filipina catat 6,913 kes baharu

MANILA 17 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 6,913 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,720,368.

Sehingga pukul 4 petang ini, 10,237 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 2,598,052 orang pulih atau 95.5 peratus daripada keseluruhan kes.

Menurut DoH, bagi tempoh yang sama, 95 orang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 40,675 kematian.

Kes aktif pula sebanyak 81,641, menunjukkan penurunan berbanding 85,048 kes yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment