6,145 kes baharu Malaysia

PUTRAJAYA 17 Okt. – Sebanyak 6,145 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini, turun sedikit berbanding 7,509 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 2,390,687 kes.

Kes baharu Covid-19 yang dicatatkan hari ini juga merupakan jangkitan harian terendah dalam tempoh lebih tiga bulan lalu.

Pada 4 Julai lalu, sebanyak 6,045 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan.

Related posts

Leave a Comment