Kes harian Saudi bawah 50

RIYADH 17 Okt. – Hari keempat, Arab Saudi merekodkan kes harian Covid-19 di bawah paras 50 apabila catatan hari ini menunjukkan jumlah kes harian adalah 41 berbanding semalam 45, sebelumnya 48 (15 Okt.) dan 46 (14 Okt.).

Menurut Kementerian Kesihatan, tiga lagi kematian dilaporkan berbanding dua kes semalam dan tiga kematian sebelumnya.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Arab Saudi setakat ini adalah 547,931 kes dengan jumlah kematian pula 8,763.

Kementerian juga memaklumkan sebanyak 47 orang pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 536,947 orang,

Menurut Kementerian, dalam kalangan kes aktif, seramai 106 pengguna dilaporkan kritikal.

Related posts

Leave a Comment