Kes harian di Thailand 10,863

BANGKOK 17 Okt. – Thailand merekodkan 10,863 kes baharu Covid-19 dan 68 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,783,701 kes dan 18,273 kematian.

Sebanyak 10,799 kes dalam kalangan penduduk awam termasuk tujuh kes import dan 64 kes melibatkan banduan.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 12 kematian direkodkan di Bangkok sementara selebihnya di 29 wilayah lain.

Semalam sebanyak 10,383 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,657,638 orang pulih.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,065 diikuti wilayah Selatan – Yala 727, Songkhla 650, Pattani 647 dan Nakhon Si Thammarat 519.

Tujuh kes import pula melibatkan empat kes dari Kemboja dan setiap satu dari Finland, Mexico dan Indonesia.

Untuk rekod kes harian tertinggi direkodkan pada 13 Ogos dengan 23,418 kes manakala kes kematian tertinggi pada 18 Ogos sebanyak 312.

Related posts

Leave a Comment