7,772 kes baharu di Filipina

MANILA 16 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 7,772 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan yang direkodkan setakat ini 2,713,509 kes. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 1,634 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pulih sebanyak 2,587,881 atau 95.4 peratus daripada keseluruhan kes. Dalam masa yang sama, kes kematian meningkat kepada 40,580 orang termasuk  156 lagi yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Kes aktif pula 85,048 meningkat berbanding 78,999 yang dicatatkan semalam.

Read More

7,509 jangkitan baharu

PUTRAJAYA 16 Okt. – Sebanyak 7,509 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam, sedikit peningkatan berbanding semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes ketika ini adalah 2,384,542 kes. Pada Jumaat, sejumlah 7,420 kes baharu Covid-19 dilaporkan. Dalam kenyataan media hariannya, Dr Noor Hisham berkata, daripada 7,509 jangkitan baharu, 7,493 merupakan penularan tempatan sementara baki 16 kes merupakan kes import. “Daripada 7,509 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 116 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 7,393…

Read More

Ingatan kepada golongan antivaksin

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Ingatan kepada golongan antivaksin! Kehidupan mereka mungkin ‘susah’ dengan beberapa tindakan yang akan diambil kerajaan. Itu peringatan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Ketika mengingatkan golongan antivaksin atau yang melengahkan pengambilan pelalian itu, beliau berkata, mereka berkemungkinan diwajibkan menjalani saringan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) Air Liur secara mingguan. Bagaimanapun, katanya, perbelanjaan bagi menjalani saringan itu tidak akan ditanggung kerajaan, sebaliknya perlu dibiayai sepenuhnya individu terbabit. Ketika ini, katanya, golongan belum menerima vaksin tidak dibenarkan makan di restoran mahu pun memasuki pusat beli-belah, selain dijangka lebih banyak…

Read More

Lebih baik tiada diskriminasi vaksin

PUTRAJAYA 16 Okt. – Individu yang mahu menunaikan umrah tetapi tidak menerima jenis vaksin yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi, boleh memohon kepada Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan suntikan penggalak mulai bulan depan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata permohonan boleh dikemukakan menerusi aplikasi MySejahtera. Beliau berkata, pada masa yang sama, Kementerian akan mengadakan perbincangan dengan negara berkenaan termasuk Arab Saudi dan United Kingdom (UK) supaya tidak mengamalkan diskriminasi vaksin. “Saya mengambil contoh UK yang membenarkan rakyat Malaysia diberikan Pfizer dan AstraZeneca masuk tanpa kuarantin, malah turut mempertimbangkan permintaan kita untuk vaksin…

Read More

3,445 kes baharu, 8 kematian

SINGAPURA 16 Okt. – Singapura melaporkan 3,445 kes baharu Covid-19 termasuk dua kes import setakat tengah hari semalam dengan lapan kematian dicatat disebabkan komplikasi virus tersebut. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 141,772 kes dengan jumlah kematian pula 215 orang. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) mereka yang meninggal dunia terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita berusia antara 61 dengan 89 tahun. Lima daripada mereka tidak divaksin manakala tiga sudah divaksin. Tujuh daripada mereka mempunyai pelbagai penyakit lain manakala salah satu kes tidak divaksin tidak mempunyai masalah kesihatan yang diketahui.…

Read More

Kaji keperluan wajibkan vaksinasi

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kerajaan masih mengkaji keperluan untuk mewajibkan pengambilan suntikan vaksin Covid-19 sebelum dibawa ke Kabinet untuk dimuktamadkan. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata, walaupun pengambilan pelalian itu belum diwajibkan, namun beliau menggesa semua pihak berbuat demikian demi kebaikan bersama. Setakat ini, katanya, jumlah yang enggan mengambil vaksin Covid-19 bukan atas sebab kesihatan hanyalah kira-kira satu peratus. “Ramai yang marah kenapa kita nak memaksa dan menghukum (yang tidak mahu vaksin). Saya nak beritahu setakat semalam sudah 92 peratus (rakyat dewasa) mendapat vaksin, yang mendapat satu dos sudah…

Read More

Rakyat, PR dikecuali kuarantin

SYDNEY: Hanya rakyat dan penduduk tetap negara itu serta keluarga mereka yang berada di luar negara dikecualikan menjalani kuarantin apabila pulang ke wilayah New South Wales, kata Perdana Menteri Australia, Scott Morrison. Bagaimanapun mereka mesti sudah lengkap divaksin. Beliau menjelaskan demikian semalam selepas Ketua Menteri New South Wales, Dominic Perrottet mengumumkan mereka yang datang dari luar negara ke wilayah itu tidak perlu menjalani kuarantin 14 hari jika sudah lengkap divaksin dan disahkan negatif Covid-19 sebelum menaiki pesawat ke Sydney. Peraturan itu bermula bulan depan. Perrottet berkata kelonggaran itu dapat dilaksanakan…

Read More

Kapasiti penuh dua masjid suci

RIYADH 16 Okt. – Mulai esok, Arab Saudi akan membenarkan kapasiti penuh solat berjemaah di dua masjid suci iaitu Masjidilharam, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah bagi para jemaah yang sudah lengkap divaksin. Kebenaran tersebut adalah antara beberapa  kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 terbaru yang diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri semalam. Kelonggaran itu juga termasuk membenarkan orang ramai berjalan-jalan di luar tanpa perlu memakai pelitup atau memastikan jarak fizikal. Dewan persandingan, restoran dan pengangkutan awam juga akan dibenarkan untuk beroperasi pada kapasiti penuh bagi mereka yang lengkap divaksin tanpa perlu…

Read More

Kemuka data vaksinasi kanak-kanak

SYARIKAT Pfizer BioNTech mengemukakan data yang menyokong penggunaan vaksin Covid-19 terhadap kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun kepada Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA). Walaupun vaksin itu pada masa ini tidak dibenarkan untuk kumpulan umur tersebut, ia dibenarkan untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas di AS dan Kesatuan Eropah (EU). Kedua-dua syarikat itu awal bulan ini meminta pengawal selia AS memberikan kebenaran penggunaan kecemasan bagi suntikan vaksin kepada kumpulan umur itu. Panel penasihat kepada Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) AS dijangka bertemu bulan depan untuk mengkaji data tersebut. Walaupun…

Read More