6,753 kes baharu Indonesia

INDONESIA merekodkan 6,753 kes baharu Covid-19 pada hari ini, 4 Januari 2021 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 772,103.

Pada masa yang sama sebanyak 177 lagi pesakit disahkan meninggal dunia  dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 22,911 kematian.

Kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 7,166 lagi pesakit  dilaporkan pulih yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sembuh 639,103.

Kes aktif pula sebanyak 110,089.

Sementara itu, kes jangkitan terbanyak direkodkan Jakarta iaitu 1,832, Jawa Barat 1,079, Jawa Tengah 1,037, Jawa Timur 709 dan Sulawesi Selatan 510.

Jakarta juga merekodkan kes jangkitan tertinggi sebanyak 191,075, dan kes sembuh terbanyak iaitu 172,891 sementara Jawa Timur dengan  kematian tertinggi 6.065.

Related posts

Leave a Comment