7,772 kes baharu di Filipina

MANILA 16 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 7,772 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan yang direkodkan setakat ini 2,713,509 kes.

Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 1,634 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pulih sebanyak 2,587,881 atau 95.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Dalam masa yang sama, kes kematian meningkat kepada 40,580 orang termasuk  156 lagi yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Kes aktif pula 85,048 meningkat berbanding 78,999 yang dicatatkan semalam.

Related posts

Leave a Comment