7,509 jangkitan baharu

PUTRAJAYA 16 Okt. – Sebanyak 7,509 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam, sedikit peningkatan berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes ketika ini adalah 2,384,542 kes.

Pada Jumaat, sejumlah 7,420 kes baharu Covid-19 dilaporkan.

Dalam kenyataan media hariannya, Dr Noor Hisham berkata, daripada 7,509 jangkitan baharu, 7,493 merupakan penularan tempatan sementara baki 16 kes merupakan kes import.

“Daripada 7,509 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 116 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 7,393 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Beliau turut memaklumkan 9,531 kes sembuh baharu dilaporkan hari ini.

Dalam pada itu, 695 kes kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 347 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pada masa sama, beliau memaklumkan sejumlah sembilan kluster baharu dilaporkan hari ini dengan 702 kluster masih aktif.

Related posts

Leave a Comment