Kes baharu turun

PUTRAJAYA 15 Okt. –  Kes baharu Covid-19 turun kepada 7,420 kes setakat 12 tengah hari ini berbanding 8,084 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya, daripada kes baharu yang dilaporkan hari ini, hanya 108 kes atau 1.5 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 7,312 kes atau 98.5 peratus lagi kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan. Dalam kenyataan mengenai perkembangan situasi Covid-19, beliau berkata, kes sembuh pula merekodkan 11,413 kes mengatasi kes baharu  “Kes yang disahkan Covid-19 dan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) mencatat 635 dengan…

Read More

Melaka, Lembah Klang ke Fasa 4

PUTRAJAYA 15 Okt. – Melaka dan Lembah Klang akan beralih ke Fasa 4 manakala Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah ke Fasa 3 mulai Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa Isnin ini. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini. “Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dan peratusan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa. Dengan peralihan fasa ini,  Malaysia secara keseluruhannya kini beralih ke Fasa 3,” katanya dalam kenyataan hari ini. Lembah Klang membabitkan Putrajaya, Kuala Lumpur dan…

Read More

Dibenar umrah mulai Isnin

PUTRAJAYA 15 Okt. – Umat Islam di negara ini dibenar mengerjakan umrah berkuat kuasa Isnin ini, selaras dengan pemansuhan MyTravelPass untuk ke luar negara, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Beliau  berkata, prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan pelancongan ke luar negeri bagi tujuan umrah yang dibentangkan pada Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik bertarikh 27 September lalu turut diwartakan. “Sehubungan itu, jemaah dibenarkan mengerjakan umrah selaras dengan keputusan memansuhkan keperluan MyTravelPass untuk ke luar negara. Kebenaran ini berkuat kuasa 18 Oktober 2021 (Isnin),” katanya dalam kenyataan hari ini. Kebenaran itu…

Read More

2,932 kes, 15 kematian di Singapura

SINGAPURA 15 Okt. –  Singapura melaporkan 2,932 kes baharu Covid-19 semalam (Khamis) dengan 15 orang lagi meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan koronavirus itu. Ini membawa kepada jumlah keseluruhan 138,327 kes manakala kematian pula meningkat kepada 207 orang. Mereka yang meninggal dunia adalah lapan lelaki dan tujuh wanita, termasuk individu berusia 23 tahun yang belum lengkap divaksin dan seorang lagi individu berumur 34 tahun yang tidak divaksin. Kedua-duanya juga mengalami beberapa masalah kesihatan sedia ada. Sebanyak 13 individu lagi yang meninggal dunia berusia antara 60 hingga 89 tahun dan daripada jumlah…

Read More

Suntikan penggalak kepada warga emas

JAWATANKUASA Penasihat Kesihatan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, sebilangan rakyat negara itu yang menerima suntikan vaksin Covid-19, Moderna sekurang-kurangnya enam bulan lepas perlu mendapatkan suntikan penggalak atau ‘booster shot’ untuk meningkatkan perlindungan terhadap virus itu. Jawatankuasa yang tidak terikat kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) itu sebulat suara mengesyorkan cadangan ‘booster shot’ kepada warga emas. Ini termasuk golongan dewasa yang mempunyai rekod kesihatan, pekerjaan dan gaya hidup yang berisiko seperti golongan dewasa yang mempunyai rekod kesihatan, pekerjaan dan gaya hidup yang berisiko kepada jangkitan Covid-19. Cadangan tersebut adalah tidak termaktub kepada…

Read More

Jangkitan Tibi meningkat semula

GENEVA 15 Okt. – Kes jangkitan tuberkulosis (Tibi) global meningkat semula untuk pertama kalinya sejak sedekad lalu, ekoran gangguan terhadap akses penjagaan kesihatan disebabkan pandemik Covid-19. Perkembangan ini menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus adalah satu berita membimbangkan. Dalam satu kenyataan beliau berkata, dunia terpaksa bertindak segera bagi pelaburan dan inovasi untuk menutup jurang diagnosis, rawatan dan penjagaan bagi berjuta-juta individu yang dijangkiti penyakit kuno ini. Dalam laporan tahunan Tibi 2020, WHO memberitahu usaha mengawal penyakit itu mula merosot disebabkan peningkatan jumlah kes yang tidak didiagnosis…

Read More

88 kematian baharu akibat Covid-19

PUTRAJAYA 15 Okt. – Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 88 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 27,681 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,364,570 kes positif negara. Menurut data di portal COVIDNOW, sejumlah 22 daripada 88 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu. Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik itu,…

Read More

Kelantan, Sabah belum capai 80%

PUTRAJAYA 15 Okt. – Kelantan dan Sabah masih belum mencapai kadar vaksinasi populasi dewasa melebihi 80 peratus, setakat semalam dengan masing-masing hanya mencapai 75.0 peratus dan 66.9 peratus kadar vaksinasi dewasa. Menurut portal COVIDNOW, Lembah Klang mencatatkan kadar vaksinasi populasi dewasa tertinggi iaitu 112.5 peratus. Ini diikuti Negeri Sembilan dengan 99.7 peratus, Labuan 99.4 peratus, Perlis 94.6 peratus, Pulau Pinang 92 peratus, Johor 90.1 peratus dan Melaka 90 peratus. Sarawak pula 89.9 peratus, Terengganu 89.3 peratus, Perak 81.8 peratus, Pahang 81.6 peratus dan Kedah 81 peratus. Seramai 21,355,550 juta individu…

Read More