Kes baharu turun

PUTRAJAYA 15 Okt. –  Kes baharu Covid-19 turun kepada 7,420 kes setakat 12 tengah hari ini berbanding 8,084 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, daripada kes baharu yang dilaporkan hari ini, hanya 108 kes atau 1.5 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 7,312 kes atau 98.5 peratus lagi kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.

Dalam kenyataan mengenai perkembangan situasi Covid-19, beliau berkata, kes sembuh pula merekodkan 11,413 kes mengatasi kes baharu 

“Kes yang disahkan Covid-19 dan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) mencatat 635 dengan 282 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya hari ini.

Selain itu, katanya 13 kluster baharu dikenal pasti membabitkan sembilan kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti serta satu kluster pendidikan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata seorang kanak-kanak perempuan tempatan berusia empat tahun menjadi kes indeks kluster Persiaran Perdana di Putrajaya apabila didapati positif pada 10 Oktober lepas hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan pelajar di sebuah institusi pendidikan yang terletak di Persiaran Perdana, Putrajaya. Individu mula bergejala pada 8 Okt dan kini terdapat 11 orang telah dijangkiti daripada 33 saringan yang dijalankan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment