Kelantan, Sabah belum capai 80%

PUTRAJAYA 15 Okt. – Kelantan dan Sabah masih belum mencapai kadar vaksinasi populasi dewasa melebihi 80 peratus, setakat semalam dengan masing-masing hanya mencapai 75.0 peratus dan 66.9 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Menurut portal COVIDNOW, Lembah Klang mencatatkan kadar vaksinasi populasi dewasa tertinggi iaitu 112.5 peratus.

Ini diikuti Negeri Sembilan dengan 99.7 peratus, Labuan 99.4 peratus, Perlis 94.6 peratus, Pulau Pinang 92 peratus, Johor 90.1 peratus dan Melaka 90 peratus.

Sarawak pula 89.9 peratus, Terengganu 89.3 peratus, Perak 81.8 peratus, Pahang 81.6 peratus dan Kedah 81 peratus.

Seramai 21,355,550 juta individu atau 91.2 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 95 peratus atau 22,247,174 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 21,907,522 juta individu atau 67.1 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Manakala, 75.5 peratus atau 24,663,184 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 551,972 atau 17.5 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 206,418 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 46,458,672 juta dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment