88 kematian baharu akibat Covid-19

PUTRAJAYA 15 Okt. – Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 88 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 27,681 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,364,570 kes positif negara.

Menurut data di portal COVIDNOW, sejumlah 22 daripada 88 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu.

Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik itu, mengambil masa.

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit Covid-19 menunjukkan penurunan selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam, sejumlah 67.1 peratus daripada keseluruhan populasi negara sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19 dan 75.5 peratus pula mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Related posts

Leave a Comment