Suntikan penggalak kepada warga emas

JAWATANKUASA Penasihat Kesihatan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, sebilangan rakyat negara itu yang menerima suntikan vaksin Covid-19, Moderna sekurang-kurangnya enam bulan lepas perlu mendapatkan suntikan penggalak atau ‘booster shot’ untuk meningkatkan perlindungan terhadap virus itu.

Jawatankuasa yang tidak terikat kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) itu sebulat suara mengesyorkan cadangan ‘booster shot’ kepada warga emas.

Ini termasuk golongan dewasa yang mempunyai rekod kesihatan, pekerjaan dan gaya hidup yang berisiko seperti golongan dewasa yang mempunyai rekod kesihatan, pekerjaan dan gaya hidup yang berisiko kepada jangkitan Covid-19.

Cadangan tersebut adalah tidak termaktub kepada mana-mana pihak, namun ia adalah langkah utama untuk mengembangkan kempen ‘booster shot’ kepada jutaan rakyat Amerika Syarikat yang lain.

Kebanyakan rakyat AS yang sebelum ini menerima suntikan vaksin Pfizer enam bulan lepas sudah mendapatkan ‘booster shot’ mereka selepas FDA meluluskan penggunaannya bulan lalu.

Malah, jawatankuasa penasihat FDA sebelum ini dilaporkan mengesyorkan ‘booster shot’ terhadap vaksin Moderna kepada golongan berisiko.

Namun, masih tiada dapatan kajian bahawa kini adalah masa untuk memberikan ‘booster shot’ sama ada vaksin Pfizer atau Moderna kepada orang awam.

Related posts

Leave a Comment