Malaysia catat 7,276 kes baharu

PUTRAJAYA 12 Okt. – Angka harian kes Covid-19 terus berada di bawah 8,000 apabila sebanyak 7,276 jangkitan baharu dilaporkan, hari ini, yang turut menunjukkan peningkatan berbanding 6,709 semalam. Sebanyak 10 kes import dilaporkan melibatkan lapan bukan warganegara dan dua warganegara manakala kes tempatan pula melibatkan 6,869 warganegara (94.5%) dan 397 bukan warganegara (5.5%). Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu membawa kepada jumlah keseluruhan 2,353,579 kes Covid-19. Beliau memaklumkan, kes baharu terbabit adalah daripada 156,567 ujian pengesanan Covid-19 yang dilakukan, dengan kadar positif sebanyak 4.65 peratus, iaitu…

Read More

Kes sembuh atasi kes positif

JAKARTA 12 Okt. – Angka sembuh harian mengatasi jumlah kes positif apabila 2,130 orang dilaporkan pulih berbanding kes positif baharu pula sebanyak 1,261. Bagaimanapun bagi jumlah keseluruhan kes positif adalah 4,229,813 mengatasi jumlah sembuh sebanyak 4,065,425 orang dengan kes aktif pula sebanyak 21,625. Disamping itu, jumlah pesakit yang meninggal dunia bertambah lagi sebanyak 47 kes dan kumulatifnya mencapai 142,763 kes. Lima wilayah merekodkan pertambahan kes sembuh tertinggi iaitu Jakarta 339 dan kumulatifnya 844.508 orang, Sulawesi Selatan 170 (105.595), Jawa Barat 165  (687.472), Jawa Timur 157 (366.462) dan Jawa Tengah 135…

Read More

Ujian pengesanan ke Langkawi dihenti

PUTRAJAYA 12 Okt. – Kementerian Kesihatan menghentikan keperluan ujian pengesanan Covid-19 sebelum pelancong memasuki Pulau Langkawi, berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Bagaimanapun sebagai langkah mengukuhkan tindakan kesihatan awam, pelancong  digalakkan untuk menjalani ujian kendiri sebelum memulakan perjalanan ke pulau berkenaan. Setakat Ahad lalu, seramai 54,341 pelancong sudah menjalani ujian pengesanan Covid-19 dan hanya 216 (0.4 peratus) dikesan positif. Katanya, hanya seorang pelancong yang mengalami gejala ketika berada di Langkawi dan didapati positif Covid-19 melalui ujian RT-PCR. Hasil siasatan mendapati punca jangkitan bukan di Langkawi dan tiada kluster…

Read More

Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya

KANGAR 12 Okt. – Semua masjid di Perlis dibenarkan dibuka sepenuhnya mulai esok (13 Okt) dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) pengimarahan masjid secara berperingkat, titah Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Titah baginda, antara SOP utama yang mesti dipatuhi ialah setiap jemaah haruslah menerima suntikan vaksin Covid-19 yang lengkap, sama ada bagi dewasa atau kanak-kanak. Selari dengan suasana semasa dan kebenaran diumumkan kerajaan, beberapa perkara terdahulu yang dihadkan dengan ini dibenarkan seperti tiada lagi had kehadiran hanya kepada anak kariah dan mereka yang terlibat dengan aktiviti rentas negeri…

Read More

Maksimum 20,000 penonton Fasa 4

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Sebanyak 50 peratus daripada kapasiti tempat atau maksimum 20,000 penonton di negeri Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan hadir di stadium bagi menyaksikan perlawanan Piala Malaysia 2021. Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kebenaran ke stadium bagi negeri Fasa 3 PPN adalah 30 peratus daripada kapasiti tempat atau maksimum 10,000 penonton. Bagi negeri Fasa 2 PPN adalah 20 peratus atau maksimum 5,000 penonton. Berdasarkan SOP (prosedur operasi standard) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan serta Kementerian Belia dan Sukan…

Read More

Dos penggalak belum ditetapkan

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kementerian Kesihatan belum menetapkan masa untuk  pemberian dos suntikan penggalak vaksin Covid-19 dalam memastikan keberkesanan pelalian itu, kata Timbalan Menteri Kesihatan II,  Aaron Ago Dagang. Beliau berkata ini kerana pelaksanaan langkah itu perlu diputuskan dengan mengambil kira keperluan vaksinasi dunia berikutan masih ada negara yang ketinggalan dari segi pemberian pelalian terbabit. Selain itu, katanya, ‘lampu hijau’ untuk memberi dos penggalak vaksin Covid-19 sedang menunggu pelaksanaan pemberian pelalian itu dalam kalangan remaja. Katanya, dos penggalak akan diberi kepada petugas kesihatan dan mereka yang berusia lebih 60…

Read More

Kadar kebolehjangkitan naik 0.88

PUTRAJAYA 12 Okt. – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 meningkat sedikit kepada 0.88 berbanding 0.87 pada Ahad. Sebanyak 12 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Putrajaya 1.08, Negeri Sembilan 1.04 dan Perlis 1.01. Ini diikuti Kelantan 0.96, Terengganu 0.95, Pahang 0.92, Kuala Lumpur 0.92, Melaka 0.90, Kedah 0.87, Selangor 0.87, Perak 0.87 dan Sabah 0.86. Sementara itu tiga negeri mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Johor 0.84, Pulau Pinang 0.83 dan Sarawak 0.81 Labuan merekodkan sifar kes baharu Covid-19.

Read More

90 peratus warga emas divaksin

BERAKAS 11 Okt. – Sebanyak 90 peratus dalam kalangan warga emas, berumur 60 tahun ke atas di Brunei Darussalam telah menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar. Katanya, terdapat lebih 4,000 lagi yang belum menerima vaksin, dan diharap akan dapat mencapai sasaran penuh dalam tempoh sebulan ini. Beliau juga berharap jumlah orang ramai untuk mendapatkan vaksinasi akan bertambah, pada hari-hari seterusnya. Di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan, sebanyak 330,410 orang telah menerima satu dos vaksin Covid-19, iaitu 72.8 peratus daripada jumlah penduduk negara. Manakala, 211,609 orang telah…

Read More

1.92 % penjawat awam belum vaksin

  KUALA LUMPUR 12 Okt. – Sebanyak 98.1 peratus kakitangan awam telah lengkap menerima vaksin Covid-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Dr Abdul Latiff Ahmad. Beliau berkata, setakat ini dianggarkan hanya 1.92 peratus daripada 1.6 juta kakitangan awam masih belum mengambil vaksin. Bagaimanapun, jelas beliau, program imunisasi masih lagi berjalan dan ia dibuat secara sukarela termasuk kepada kakitangan awam. Walau bagaimanapun, jika kerajaan ingin mewajibkan atau memastikan semua 1.6 juta ini menerima vaksin, ia perlukan beberapa syarat atau peraturan dan penglibatan supaya perkara ini dapat dilakukan dengan…

Read More

Kanak-kanak boleh masuk Singapura

SINGAPURA 11 Okt. – Kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah dibenarkan memasuki Singapura dari negara-negara di bawah skim laluan perjalanan penumpang divaksin (VTL) mulai 19 Oktober ini. Menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) hari ini, di bawah skim tersebut kanak-kanak berkenaan mesti ditemani oleh pelawat lain. Ketika ini, Singapura mempunyai aturan VTL bersama dengan Brunei dan Jerman manakala pada 19 Oktober dengan Kanada, Denmark, Perancis, Itali, Belanda, Sepanyol, Britain dan Amerika Syarikat diikuti Korea Selatan mulai 15 November. Sama seperti para pelawat lain di bawah skim yang sama, kanak-kanak…

Read More