Kanak-kanak boleh masuk Singapura

SINGAPURA 11 Okt. – Kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah dibenarkan memasuki Singapura dari negara-negara di bawah skim laluan perjalanan penumpang divaksin (VTL) mulai 19 Oktober ini.

Menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) hari ini, di bawah skim tersebut kanak-kanak berkenaan mesti ditemani oleh pelawat lain.

Ketika ini, Singapura mempunyai aturan VTL bersama dengan Brunei dan Jerman manakala pada 19 Oktober dengan Kanada, Denmark, Perancis, Itali, Belanda, Sepanyol, Britain dan Amerika Syarikat diikuti Korea Selatan mulai 15 November.

Sama seperti para pelawat lain di bawah skim yang sama, kanak-kanak yang tiba di sini menerusi VTL tidak perlu menjalani kuarantin.

Bagaimanapun , mereka dikehendaki menjalani ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) sebelum menaiki pesawat dan sebaik tiba di Singapura, kecuali kanak-kanak kecil berumur dua tahun ke bawah.

“Para pelawat dinasihatkan supaya memeriksa syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh negara-negara yang bakal dikunjungi, termasuk sebarang sekatan berhubung usia pelawat dan status vaksinasi mereka,” kata CAAS.

Demi melindungi kesihatan awam, kanak-kanak itu dikehendaki mematuhi kesemua keperluan dan syarat-syarat VTL yang lain.

Related posts

Leave a Comment