Kadar kebolehjangkitan naik 0.88

PUTRAJAYA 12 Okt. – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 meningkat sedikit kepada 0.88 berbanding 0.87 pada Ahad.

Sebanyak 12 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Putrajaya 1.08, Negeri Sembilan 1.04 dan Perlis 1.01.

Ini diikuti Kelantan 0.96, Terengganu 0.95, Pahang 0.92, Kuala Lumpur 0.92, Melaka 0.90, Kedah 0.87, Selangor 0.87, Perak 0.87 dan Sabah 0.86.

Sementara itu tiga negeri mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Johor 0.84, Pulau Pinang 0.83 dan Sarawak 0.81

Labuan merekodkan sifar kes baharu Covid-19.

Related posts

Leave a Comment