Kes sembuh atasi kes positif

JAKARTA 12 Okt. – Angka sembuh harian mengatasi jumlah kes positif apabila 2,130 orang dilaporkan pulih berbanding kes positif baharu pula sebanyak 1,261.

Bagaimanapun bagi jumlah keseluruhan kes positif adalah 4,229,813 mengatasi jumlah sembuh sebanyak 4,065,425 orang dengan kes aktif pula sebanyak 21,625.

Disamping itu, jumlah pesakit yang meninggal dunia bertambah lagi sebanyak 47 kes dan kumulatifnya mencapai 142,763 kes.

Lima wilayah merekodkan pertambahan kes sembuh tertinggi iaitu Jakarta 339 dan kumulatifnya 844.508 orang, Sulawesi Selatan 170 (105.595), Jawa Barat 165  (687.472), Jawa Timur 157 (366.462) dan Jawa Tengah 135 (450.501 orang).

Jawa Timur pula menambah 160 kes baharu dengan kumulatifnya 396.895, diikuti Jawa Tengah 151 kes  (483.389 kes), Jakarta 143 ( 859.345 ), Jawa Barat 127 kes (704.012) serta Nusa Tenggara Timur 74 kes dan kumulatifnya 63.223 kes.

Pada sebaran kasus aktif per provinsi, angka tertinggi berada di Jawa Tengah sebanyak 2,885 kes, Jawa Barat 1.878, Papua sebanyak 1.668 kasus, Sulawesi Selatan 1.294 kes dan DKI Jakarta sebanyak 1.267 kes.

Selain itu, terdapat lima provinsi dengan angka kematian harian tertinggi iaitu Jawa Timur sembilan kes dan kumulatifnya 29.517 kes, diikuti Jawa Tengah tujuh kes  (30.003 kes), Sulawesi Selatan empat kes ( 2.225), DI Yogyakarta tiga kes (5.226) serta Kalimantan Selatan tiga kes (2.373).

Bagi program vaksinasi, penerima dos bertambah sebanyak 1.040.519 orang dengan jumlahnya melebihi angka 101 juta orang atau 101.362.894 orang.

Manakala penerima vaksinasi ke-2 bertambah 798.380 orang dan jumlahnya meningkat melebihi 58 juta orang atau angka tepatnya 58.405.580 orang.

Serta penerima vaksin ke-3 bertambah 7.351 orang dan kumulatifnya melebihi 1 juta orang atau 1.026.722 orang.

Related posts

Leave a Comment