Thailand lapor 10,035 kes

BANGKOK 11 Okt. – Thailand merekodkan 10,035 kes baharu Covid-19 dan 60 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 1,720,919 kes dan 17,751 kematian. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 9,996 kes adalah penularan tempatan termasuk 80 dalam kalangan banduan manakala 39 kes import. Sebanyak 10,590 pesakit dibenarkan keluar hospital semalam yang membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 1,592,903 orang. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Yala merekodkan lapan kematian, lima di Bangkok dan empat Pathum Thani. Wilayah Selatan juga menunjukkan peningkatan kes berbanding Bangkok yang mendahului dengan 1,160 diikuti Yala 719,…

Read More

Filipina lapor 8,292 kes baharu

MANILA 11 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 8,292 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,674,814. Kes kematian pula meningkat kepada 39,660 orang berikutan 36 lagi dilaporkan meninggal dunia sehingga pukul 4 petang ini. Jumlah kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 302 lagi pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,536,260 atau 94.8 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 98,894, meningkat berbanding 90,927 yang dilaporkan semalam.

Read More

Pandemik ke arah pemulihan

PUTRAJAYA 11 Okt. – Penularan wabak Covid-19 di Malaysia sedang menuju ke arah pemulihan apabila terdapat pelbagai petanda positif sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, indikator tersebut boleh dilihat menerusi aspek purata kes harian, jumlah kluster, kadar vaksinasi dan kapasiti hospital. Menurut kenyataannya, senario itu juga memberi bayangan bahawa negara bakal bersedia untuk memasuki fasa endemik. Menurut beliau, secara keseluruhannya, Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati trend menurun sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34 bagi indikator utama seperti kes harian, kes aktif, kematian, kes…

Read More

6,709 kes baharu Malaysia

PUTRAJAYA 11 Okt. – Malaysia mencatatkan 6,709 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik kini meningkat kepada 2,346,303 kes. Menurut perkongsian data COVIDNOW, kadar kematian setakat semalam adalah sebanyak 64 kes menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 27,329 kes. Jumlah tersebut juga merangkumi kes kematian Brought in Dead (BID) iaitu sebanyak 14 kes. Bagaimanapun, sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 97.9 peratus atau bersamaan 6,565 kes manakala selebihnya merupakan kategori 3,4, dan 5. Sementara itu, Unit Rawatan Rapi (ICU)…

Read More

21 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 11 Okt. – Kira-kira 1.224 juta atau 5.2 peratus penduduk dewasa di seluruh negara belum divaksin. Setakat malam tadi, 21,073,482 individu dewasa di negara ini lengkap divaksinasi, sekali gus mencapai sasaran 90 peratus yang ditetapkan. Peratusan itu dicapai selepas 70,408 individu melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka semalam, yang membolehkan perjalanan rentas negeri dan keluar negara, Berdasarkan laman web COVIDNOW, setakat pukul 11.59 malam tadi seramai 22,185,520 individu dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sementara itu mengikut data yang dikongsikan, Sabah adalah negeri yang terendah dari segi jumlah populasi dewasanya…

Read More

Berucap buka pelitup muka

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Dewan Rakyat hari ini membenarkan semua Ahli Parlimen untuk membuka pelitup muka ketika sesi perbahasan. Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapatkan pandangan dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di Parlimen. Berdasarkan penilaian risiko, KKM berpandangan, pelitup muka ketika perbahasan di dalam Dewan Rakyat dibenarkan untuk dibuka. “Tetapi ahli-ahli Yang Berhormat diingat memakai semula pelitup muka dengan kadar segera selepas berucap,” katanya di Dewan Rakyat. Pada masa yang sama, Azhar memaklumkan tiada sebarang kes positif dikesan di pekarangan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.87

PUTRAJAYA 11 Okt. – Selepas empat hari merekodkan kadar kebolehjangkitan (R-naught) pada paras 0.86, angka tersebut meningkat sedikit kepada 0.87 semalam. Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Putrajaya 1.05, Perlis 1.03 dan Negeri Sembilan 1.02. Ini diikuti Kelantan 0.95, Terengganu 0.95, Pahang 0.93, Melaka 0.92, Kuala Lumpur 0.88 dan Kedah menyamai purata kebangsaan. Sementara itu, enam negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Selangor 0.86, Perak 0.86, Sabah 0.84, Sarawak 0.83, Johor 0.83 dan Pulau Pinang 0.83. Labuan merekodkan dua kes baharu Covid-19.

Read More

Singapura lapor 2,809 kes baharu

SINGAPURA 11 Okt. – Selepas lima hari berturut-turut merekodkan lebih 3,000 kes harian, Singapura semalam melaporkan 2,809 kes baharu dengan sembilan kematian dicatat disebabkan komplikasi virus tersebut. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat kepada 126,966 dan 162 kematian Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes kematian melibatkan rakyat Singapura terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita berusia antara 70 dengan 88 tahun. Empat daripada mereka tidak divaksin manakala tiga mendapatl satu dos vaksin dan lagi dua sudah lengkap divaksin. Kesemuanya mempunyai pelbagai penyakit lain. MoH berkata jumlah kes lebih rendah…

Read More

Perintah berkurung di Sydney berakhir

SYDNEY 11 Okt. – Setelah hampir empat bulan di bawah perintah berkurung, Sydney kini ‘bebas’ mulai tengah malam tadi dengan kafe, dan pub menjadi tumpuan bagi meraikan ‘kejayaan’ itu. Aktiviti di gim dan restoran menyambut semula kedatangan para pelanggan yang sudah lengkap divaksin setelah 100 hari terkurung. Lebih lima juta penduduk di Sydney diletakkan di bawah sekatan yang ketat sejak Jun untuk membendung penularan varian Delta yang cepat berjangkit. Varian itu sudahpun merebak ke Melbourne dan ibu kota, Canberra, sehingga memaksa penguatkuasaan perintah berkurung. Bagaimanapun, penduduk diperingatkan supaya mengawal keghairahan…

Read More