Filipina lapor 8,292 kes baharu

MANILA 11 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 8,292 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,674,814.

Kes kematian pula meningkat kepada 39,660 orang berikutan 36 lagi dilaporkan meninggal dunia sehingga pukul 4 petang ini.

Jumlah kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 302 lagi pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,536,260 atau 94.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 98,894, meningkat berbanding 90,927 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment