Kadar kebolehjangkitan 0.87

PUTRAJAYA 11 Okt. – Selepas empat hari merekodkan kadar kebolehjangkitan (R-naught) pada paras 0.86, angka tersebut meningkat sedikit kepada 0.87 semalam.

Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Putrajaya 1.05, Perlis 1.03 dan Negeri Sembilan 1.02.

Ini diikuti Kelantan 0.95, Terengganu 0.95, Pahang 0.93, Melaka 0.92, Kuala Lumpur 0.88 dan Kedah menyamai purata kebangsaan.

Sementara itu, enam negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Selangor 0.86, Perak 0.86, Sabah 0.84, Sarawak 0.83, Johor 0.83 dan Pulau Pinang 0.83.

Labuan merekodkan dua kes baharu Covid-19.

Related posts

Leave a Comment