Singapura lapor 2,809 kes baharu

SINGAPURA 11 Okt. – Selepas lima hari berturut-turut merekodkan lebih 3,000 kes harian, Singapura semalam melaporkan 2,809 kes baharu dengan sembilan kematian dicatat disebabkan komplikasi virus tersebut.

Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat kepada 126,966 dan 162 kematian

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes kematian melibatkan rakyat Singapura terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita berusia antara 70 dengan 88 tahun.

Empat daripada mereka tidak divaksin manakala tiga mendapatl satu dos vaksin dan lagi dua sudah lengkap divaksin. Kesemuanya mempunyai pelbagai penyakit lain.

MoH berkata jumlah kes lebih rendah mungkin disebabkan oleh kurang ujian swab dijalankan pada hujung minggu di Klinik Persediaan Kesihatan Awam (PHPC) dan poliklinik, dan ia tidak menunjukkan bahawa lengkung epidemik ini semakin merata.

Dalam kalangan kes hari ini, 2,807 merupakan jangkitan tempatan, iaitu 2,176 adalah kes dalam masyarakat dan 631 penghuni di asrama pekerja asing manakala dua kes import turut dilaporkan.

Sementara itu, sebanyak 1,613 pesakit dimasukkan ke hospital dengan sebahagian besar berada dalam keadaan baik dan dipantau.

Terdapat 292 pesakit yang memerlukan bantuan oksigen dan 41 di unit jagaan rapi (ICU).

Related posts

Leave a Comment