Thailand lapor 10,035 kes

BANGKOK 11 Okt. – Thailand merekodkan 10,035 kes baharu Covid-19 dan 60 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 1,720,919 kes dan 17,751 kematian.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 9,996 kes adalah penularan tempatan termasuk 80 dalam kalangan banduan manakala 39 kes import.

Sebanyak 10,590 pesakit dibenarkan keluar hospital semalam yang membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 1,592,903 orang.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Yala merekodkan lapan kematian, lima di Bangkok dan empat Pathum Thani.

Wilayah Selatan juga menunjukkan peningkatan kes berbanding Bangkok yang mendahului dengan 1,160 diikuti Yala 719, Pattani 547, Samut Prakan 532, Songkhla 505, Chonburi 473, Nakhon Si Thammarat 473, Narathiwat 414, Rayong 378, Chanthaburi 279.

Gabungan kes di Narathiwat, Pattani, Songkhla dan Yala — menghasilkan 2,185 kes.

Kes import pula melibatkan ketibaan 28 orang pekerja Thai  dari Sweden, manakala bakinya dari Israel, Perancis, Kemboja, Malaysia dan Myanmar.

Related posts

Leave a Comment