112 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 7 Okt. – Brunei Darussalam merekodkan 112 kes baharu Covid-19 dan satu kematian menjadikan jumlah keseluruhan 8,262 kes dan 40 orang meninggal dunia. Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar berkata, kes kematian ke-40 itu melibatkan seorang lelaki berusia 44 tahun yang mengalami masalah paru-paru selepas dijangkiti Covid-19. Beliau juga memaklumkan terdapat 17 tambahan kes baharu kepada 12 kluster sedia ada hari ini yang merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya. Semua tiga kluster baharu adalah kluster rumah persendirian yang melibatkan 31 kes, salah satu daripadanya Kluster Rentokil Initial …

Read More

Filipina catat 10,019 kes baharu

MANILA 7 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 10,019 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,632,881. Sehingga pukul 4.30 petang ini, sebanyak 7,425 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,478,616 pulih atau 94.1 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu, selepas dua hari tiada laporan mengenai kematian, hari ini 109 orang dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 38,937 kematian. Sebanyak 115,328 kes aktif dilaporkan, menunjukkan peningkatan berbanding 112,807 semalam.

Read More

9,890 kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 7 Okt. – Jumlah jangkitan baharu wabak Covid-19 dalam negara yang direkodkan hari ini ialah sebanyak 9,890 kes meningkat sedikit berbanding 9,380 yang dilaporkan semalam. Pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 dalam negara sehingga ke hari ini sebanyak 2,313,727 kes. Sarawak merekodkan angka tertinggi dengan 1,413 kes baharu hari ini berbanding 1,503 semalam diikuti Selangor pula sebanyak 1,402 berbanding 1,116 semalam dan Kelantan 1,032 berbanding 1,170 semalam. Johor merekodkan 993 berbanding 1,105 semalam, Sabah (820), Perak (794), Pulau Pinang (721) dan Terengganu (699). Manakala, Pahang mencatatkan…

Read More

Bekalan perubatan ke selatan Thailand

BANGKOK 7 Okt. – Kementerian Kesihatan Awam telah menghantar ubat-ubatan dan bekalan perubatan ke empat wilayah di selatan – Songkhla, Narathiwat, Yala dan Pattani berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19. Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana dalam satu kenyataan berkata penghantaran termasuk satu juta pil Favipiravir, 20,000 Kit Ujian Antigen (ATK), 100 alat bantuan oksigen, 25,000 dos vaksin AstraZeneca dan 100,000 dos Pfizer-BioNTech. Katanya, Perdana Menteri  Prayuth Chan o-cha menggesa pihak berkuasa kesihatan membendung penularan jangkitan Covid-19 dalam tempoh satu hingga dua bulan berikutan peningkatan kes jangkitan di empat wilayah itu. Menurut beliau,…

Read More

Thailand catat peningkatan kes

BANGKOK 7 Okt. – Selepas tiga hari berturut-turut merekodkan angka kes Covid-19 di bawah 10,000, jumlah itu hari ini meningkat kepada 11,200 dengan jumlah kematian sebanyak 113. Sebelum ini, pada 4 Oktober, Thailand merekodkan 9,930 diikuti 9,869 (5 Okt.) dan 9,866 (6 Okt.) manakala 3 Oktober merekodkan 10,828. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 11,062 kes melibatkan orang awam termasuk 20 kes import dan 138 dalam kalangan banduan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 1,678,297 dengan 17,418 kematian Semalam, sebanyak 10,087 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital manakala 109,022 mendapatkan…

Read More

Singapura buka sekolah Isnin

SINGAPURA 7 Okt. – Sesi persekolahan murid sekolah rendah secara bersemuka akan bermula secara berperingkat mulai Isnin ini, 11 Oktober. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, berikutan itu, pembelajaran di rumah (HBL) akan berakhir pada minggu ini Menurut kementerian itu lagi, murid-murid akan pulang ke sekolah secara berperingkat bagi memastikan langkah-langkah pengurusan selamat boleh dilaksanakan dengan berkesan. Murid-murid Darjah 3 hingga 6 akan kembali ke sekolah mulai Isnin, manakala murid-murid Darjah 1 dan 2 pula akan meneruskan HBL sehingga Selasa dan pulang ke sekolah pada Rabu. Sekolah-sekolah Pendidikan Khas akan diberikan…

Read More

Molnupiravir persediaan fasa endemik

PUTRAJAYA 7 Okt. – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menandatangani surat akujanji (Letter of Undertaking) bagi pembelian ubat antiviral Molnupiravir dengan Merck Sharp & Dohme bagi merawat pesakit Covid-19. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata menerusi perjanjian berkenaan, kerajaan bersetuju membuat perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap (patient courses). Perolehan itu katanya adalah sebagai persediaan negara dalam memulakan peralihan ke fasa endemik iaitu hidup bersama Covid-19 dengan menambah pilihan rawatan inovatif baharu sebagai ‘senjata’ melawan virus. “Kajian yang dijalankan oleh Merck Sharp & Dohme mendapati Molnupiravir mampu menurunkan kadar kemasukan ke…

Read More

Penjawat awam Kanada wajib vaksinasi

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau melancarkan vaksinasi mandatori sebagai komitmen kerajaan bagi melindungi penduduk termasuk golongan penjawat awam dan pekerja sektor pengangkutan melalui vaksinasi Covid-19. Menurut Trudeau, prosedur operasi standard (SOP) perjalanan dan vaksinasi wajib bagi penjawat awam persekutuan adalah yang paling ketat di dunia. Melalui dasar itu, kakitangan awam termasuk anggota polis akan diminta mengesahkan status vaksinasi mereka melalui portal dalam talian selewat-lewatnya pada 29 Oktober ini. Mereka yang gagal berbuat demikian atau belum mengambil vaksin sepenuhnya akan diberi cuti tanpa gaji seawal 15 November. Di samping itu,…

Read More

Malaysia hati-hati buka sempadan

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Kerajaan tidak akan membuka pintu sempadan negara sewenang-wenangnya sebaliknya sentiasa berhati-hati dalam memberikan kelonggaran dengan mengambil kira perkembangan di seluruh dunia. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran kemasukan pengembara bukan warganegara juga bergantung kepada maklumat situasi Covid-19 dari negara asal mereka. “Kalau kita lihat dari segi sejarahnya walaupun kita buka pintu negara kita kepada warganegara asing untuk masuk tetapi perkembangan di negara asal pengembara itu juga diambil kira. “Setiap tindakan kerajaan kita dapat pandangan dan cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang buat penilaian risiko, kita…

Read More