112 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 7 Okt. – Brunei Darussalam merekodkan 112 kes baharu Covid-19 dan satu kematian menjadikan jumlah keseluruhan 8,262 kes dan 40 orang meninggal dunia.

Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar berkata, kes kematian ke-40 itu melibatkan seorang lelaki berusia 44 tahun yang mengalami masalah paru-paru selepas dijangkiti Covid-19.

Beliau juga memaklumkan terdapat 17 tambahan kes baharu kepada 12 kluster sedia ada hari ini yang merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya.

Semua tiga kluster baharu adalah kluster rumah persendirian yang melibatkan 31 kes, salah satu daripadanya Kluster Rentokil Initial  yang merekodkan 31 kes.

Dua kluster telah ditutup – Kluster Semporna Enak dan Kluster 1957 – berikutan tiada kes baharu direkodkan selepas tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari.

Sementara itu 64 kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Sebanyak 159 kes dilaporkan pulih hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 5,933 kes dengan kes aktif sebanyak 2,267.

Dalam kalangan kes-kes yang sedang ada dalam rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan, enam kes adalah dalam Kategori 5 dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi.

Related posts

Leave a Comment