Thailand catat peningkatan kes

BANGKOK 7 Okt. – Selepas tiga hari berturut-turut merekodkan angka kes Covid-19 di bawah 10,000, jumlah itu hari ini meningkat kepada 11,200 dengan jumlah kematian sebanyak 113.

Sebelum ini, pada 4 Oktober, Thailand merekodkan 9,930 diikuti 9,869 (5 Okt.) dan 9,866 (6 Okt.) manakala 3 Oktober merekodkan 10,828.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 11,062 kes melibatkan orang awam termasuk 20 kes import dan 138 dalam kalangan banduan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 1,678,297 dengan 17,418 kematian

Semalam, sebanyak 10,087 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital manakala 109,022 mendapatkan rawatan termasuk 3,000 yang dalam keadaan serius dan 715 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, kes kematian pula melibatkan individu berusia antara 19 hingga 100 tahun yang turut melibatkan dua rakyat Myanmar dan seorang Kemboja.

Turut menjadi korban adalah seorang wanita berusia 19 tahun yang sedang mengandung dan belum divaksinasi.

Bangkok merekodkan 22 kematian manakala kawasan sekitar merekodkan 22 kes iaitu Samut Prakan (18), Nakhon Pathom (4) dan Samut Sakhon (1).

Di samping itu Bangkok merekodkan 1,279 kes baharu diikuti 795 di Samut Prakan, Chon Buri (752), Yala (740), Songkhla (596), Chanthaburi (450), Rayong (398), Narathiwat (332), Prachin Buri (330) dan Nakhon Si Thammarat (313).

Kes import pula melibatkan ketibaan dari Amerika Syarikat (1), Hong Kong (1), Maldives (1), Emiriyah Arab Bersatu (1), Ukraine (1), Rusia (2), Kemboja (12) dan Myanmar  (1).

Related posts

Leave a Comment