Filipina catat 10,019 kes baharu

MANILA 7 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 10,019 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,632,881.

Sehingga pukul 4.30 petang ini, sebanyak 7,425 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,478,616 pulih atau 94.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu, selepas dua hari tiada laporan mengenai kematian, hari ini 109 orang dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 38,937 kematian.

Sebanyak 115,328 kes aktif dilaporkan, menunjukkan peningkatan berbanding 112,807 semalam.

Related posts

Leave a Comment