9,890 kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA 7 Okt. – Jumlah jangkitan baharu wabak Covid-19 dalam negara yang direkodkan hari ini ialah sebanyak 9,890 kes meningkat sedikit berbanding 9,380 yang dilaporkan semalam.

Pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 dalam negara sehingga ke hari ini sebanyak 2,313,727 kes.

Sarawak merekodkan angka tertinggi dengan 1,413 kes baharu hari ini berbanding 1,503 semalam diikuti Selangor pula sebanyak 1,402 berbanding 1,116 semalam dan Kelantan 1,032 berbanding 1,170 semalam.

Johor merekodkan 993 berbanding 1,105 semalam, Sabah (820), Perak (794), Pulau Pinang (721) dan Terengganu (699).

Manakala, Pahang mencatatkan 564 kes, Kedah (503), Kuala Lumpur (250 kes), Melaka (260), Perlis (200) dan Negeri Sembilan (180).

Dua negeri kekal mencatatkan kes bawah 100 iaitu Putrajaya (56), dan Labuan (0).

Dalam perkembangan sama, sebanyak 105 korban direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia kini ialah 26,981 kematian.

Related posts

Leave a Comment