Kes rendah di Arab Saudi

RIYADH 6 Okt. – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus berada di bawah paras 50 apabila kes yang direkodkan sebanyak 45 kes berbanding 42 semalam dan 53 pada 4 Oktober lalu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 547,402. Menurut Kementerian Kesihatan, dua lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,732 orang . Sebanyak 41 orang pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 536,447 Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 150 pesakit kini  kritikal.

Read More

106 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 6 Okt. – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 106 kes baharu Covid-19 dengan satu kes meninggal dunia dan tiga kluster baharu dikesan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,150 dan 39 kematian. Menurut Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar kes kematian melibatkan seorang wanita berusia 71 tahun yang mengalami masalah paru-paru selepas dijangkiti Covid-19 dan dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan Tutong. Katanya, sebanyak 106 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam termasuk dua kes import. Sebanyak 41 tambahan kes baharu itu melibatkan 10 kluster aktif yang sedia ada yang merupakan…

Read More

Filipina catat 9,868 kes baharu

MANILA 6 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 9,868 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,622,917. Sebanyak 133 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,471,282 orang pulih atau 94.2 peratus daripada keseluruhan kes. Bagaimanapun tiada laporan mengenai kes pesakit meninggal dunia Sementara itu, kes aktif pula sebanyak 112,807 atau 4.3 peratus, meningkat berbanding 103,077 yang direkodkan semalam.

Read More

Thailand catat 9,866 kes baharu

BANGKOK 6 Okt. – Buat hari ketiga, Thailand merekodkan kes jangkitan di bawah 10,000 kes apabila 9,866 kes dilaporkan hari ini berbanding 9,869 semalam dan 9,930 pada 4 Oktober lalu. Jumlah kematian pula 102 orang, menunjukkan peningkatan berbanding 92 kes semalam dan 97 pada 4 Oktober lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,667,097 kes dan 17,305 kematian. Terdapat 9,821 kes dalam kalangan orang awam termasuk 16 kes import dan 45 orang dalam kalangan banduan. Semalam, 10,115 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Bangkok merekodkan 22 kematian dan 1,208 kes…

Read More

Kes harian meningkat semula

PUTRAJAYA 6 Okt. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan walaupun masih di bawah 10,000 kes apabila mencatatkan 9,380 kes berbanding 8,817 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,303,837. Empat negeri merekodkan angka empat digit didahului Sarawak yang mencatatkan 1,503 kes berbanding semalam 1,361, Kelantan 1,170 (1,063), Selangor 1,116 (1,348) dan Johor 1,105 (886). Enam negeri melepasi 500 kes didahului Sabah 790 berbanding 805 semalam, Terengganu 704 (356), Perak 629 (473), Pulau Pinang 623 (595), Kedah 556 (576), dan Pahang 511 (696). Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan 214 kes…

Read More

Lakukan ujian kendiri

PUTRAJAYA 6 Okt. – Orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau melakukan ziarah di luar lokaliti dinasihatkan menjalani ujian kendiri Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata, apabila negara memasuki fasa endemik, kerajaan tidak lagi boleh melakukan sekatan jalan raya dan memeriksa individu berkenaan sudah lengkap divaksinasi atau belum. “Kini tanggungjawab dan tingkah laku bergantung kepada individu itu sendiri. Saya percaya kita dapat menghadapi cabaran ini dalam #ReopeningSafely. “Sekiranya anda ingin pulang ke kampung dan bertemu dengan golongan berusia, lakukan kit ujian kendiri Covid-19 (RTK) air liur. Jaga…

Read More

Covid-19: Singapura siap kapasiti 3,000 kes

SINGAPURA 6 Okt. – Berikutan peningkatan kes Covid-19, Singapura sedang mempertingkatkan kapasiti penjagaan kesihatan bagi menangani 3,000 kes setiap hari, malahan menimbangkan kapasiti itu dipertingkat kepada 10,000 setiap hari. Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, apabila varian Delta yang lebih mudah dijangkiti mula menular, Singapura sudah bersedia untuk menangani 1,500 kes setiap hari, dari segi katil hospital dan penjagaan rawatan masyarakat. Bagaimanapun katanya,  proses program pemulihan di rumah belum lagi bersedia sepenuhnya apabila kes mula meningkat mendadak. “Dari segi perancangan kapasiti, tenaga manusia, kami berusaha rancang awal. Tetapi apa yang…

Read More

Singapura catat rekod baharu

SINGAPURA 6 Okt. – Selepas merekodkan penurunan kes harian Covid-19 selama tiga hari, Singapura kembali mencatatkan peningkatan kes sehingga mencecah 3,486 semalam dengan sembilan kematian setakat pukul 12.00 tengah hari. Angka tersebut mengatasi jumlah yang direkodkan pada 1 Oktober lalu dengan 2,909, diikuti 2,356 (2 Okt.), 2,057 (3 Okt) dan 2,475 (4 Okt.). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 109,804 dengan 130 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sembilan penduduk yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 itu berusia antara 64 dengan 90 tahun, melibatkan enam lelaki dan tiga wanita warga…

Read More

Putin akui peranan Sputnik V

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin mendedahkan, beliau tidak jatuh sakit walaupun selepas menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19 disebabkan vaksin Sputnik V. Bercakap pada mesyuarat bersama kerajaan Rusia semalam, beliau juga berurusan dengan individu positif itu sepanjang hari baru-baru ini. “Saya ingin bertanya anda sebagai doktor sekali lagi. Anda tahu bahawa saya telah bercakap dengan orang yang dijangkiti, dengan pekerja yang dijangkiti dan syukur, saya tidak jatuh sakit, belum lagi. “Saya harap itu tidak akan berlaku. Boleh dikatakan vaksin Sputnik V telah memainkan peranannya,” katanya yang mendapat dos lengkap vaksin…

Read More

Kes, kematian, vaksinasi meningkat

PUTRAJAYA 6 Okt. – Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 235.6 juta dan 4.814 juta kematian ketika dunia sudah mendaftar atau menyuntik lebih 6.34 bilion dos vaksin Covid-19  setakat ini. Menurut data Johns Hopkins University pagi ini, Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 43.9 juta kes positif dan 704,000 kematian manakala China mendahului dengan lebih 2.21 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan. India merekodkan lebih 33.8 juta kes dan Brazil lebih 21.4 juta kes diikuti United Kingdom mencatat lebih 8 juta kes, manakala…

Read More