Putin akui peranan Sputnik V

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin mendedahkan, beliau tidak jatuh sakit walaupun selepas menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19 disebabkan vaksin Sputnik V.

Bercakap pada mesyuarat bersama kerajaan Rusia semalam, beliau juga berurusan dengan individu positif itu sepanjang hari baru-baru ini.

“Saya ingin bertanya anda sebagai doktor sekali lagi. Anda tahu bahawa saya telah bercakap dengan orang yang dijangkiti, dengan pekerja yang dijangkiti dan syukur, saya tidak jatuh sakit, belum lagi.

“Saya harap itu tidak akan berlaku. Boleh dikatakan vaksin Sputnik V telah memainkan peranannya,” katanya yang mendapat dos lengkap vaksin Sputnik V pada bulan April lalu.

Menurut Ketua Perkhidmatan Kesihatan Rusia, Anna Popova, Presiden Putin tidak mengalami gejala buruk akibat jangkitan disebabkan keberkesanan vaksin yang tinggi.

“Saya yakin bahawa vaksin yang anda (Putin) gunakan memainkan peranannya dan saya rasa ini adalah perkara paling penting yang melindungi anda (Putin) daripada jangkitan (COVID-19), memandangkan tindak balas imuninasi sangat tinggi,” jelasnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih mengkaji mengenai vaksin keluaran Rusia itu.

Negara itu merekodkan 25,110 kes baharu Covid-19 dengan 895 kematian baharu.

Kematian yang masih tinggi di Rusia disebabkan kadar pengambilan vaksin yang rendah dengan hanya 33.5 peratus daripada 146 juta penduduk menerima sekurang-kuranya satu dos manakala 27.4 peratus lengkap divaksin.

Related posts

Leave a Comment